Thursday, September 10, 2009

Item yang boleh dikitar semula

Terdapat 4 jenis item yang disarankan kepada orang ramai untuk dikitar semula. Item-item tersebut adalah plastik, kertas, aluminium dan kaca.





Kaca

Semua jenis kaca
termasuklah botol minuman,
bekas makanan,
botol vitamin dan bekas kosmetik.
Semua jenis kaca ini mestilah
diletakkan di dalam tong
yang berwarna COKLAT


-Gelas minum
-Kaca tingkap
-Cermin Mentol
-Kaca tingkap yang pecah dan cermin kereta
-Kaca tahan suhu tinggi - Pyrex, Corning Ware, Vision Ware
-Botol legap putih
-Kaca yang digunakan di makmal atau hospital untuk kajian dan perubatan

Kelebihan gelas
Boleh dikitar semula 100% - boleh dikitar semula misalnya. Botol jem boleh dikitar semula hari ini menjadi botol jus pada bulan hadapan, kemudian menjadi botol susu hingga seterusnya.


Cara kitar semula kaca
-Kaca akan diasingkan mengikut warna. Apabila kaca dicairkan, warna asalnya masih kekal bermakna kaca hijau akan kekal menjadi kaca hijau, kaca coklat akan kekal dengan kaca coklat, dan kaca yang jernih akan kekal menjadi kaca jernih


-Setelah kaca-kaca diasingkan mengikut warna dan dibersihkan, ia akan dihancurkan dan ditambah dengan sedikit bahan mentah yang lain untuk dijadikan kaca yang baru. Campuran tersebut akan dipanaskan sehingga cair dan akan membentuk sejenis cecair. Kaca yang masih panas akan dibentuk untuk dijadikan botol.


Hasil yang terbentuk akan disejukkan dan diperiksa dari sebarang keretakan/kecacatan. Proses terakhir ialah kaca-kaca yang sudah siap akan dihantar ke syarikat-syarikat atau kilang-kilang di mana kaca ini akan diisi dengan makanan dan minuman.





Aluminium

Semua jenis barang
yang diperbuat daripada aluminium
seperti tin-tin minuman
boleh dikitar semula.
Ia juga mestilah dimasukkan

ke dalam tong yang berwarna JINGGA



Cara kitar semula aluminium
-Aluminium terpakai yang telah dikumpul, diasingkan lalu direnyukkan untuk diangkut ke pusat kitar semula.


-Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk menyingkirkan bendasing.


-Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tin-tin yang baru. Kitaran semula aluminium menjimatkan banyak tenaga berbanding memproses kitar semula barangan lain seperti kertas.



Kertas

Semua jenis kertas sama ada
yang berwarna ataupun yang tidak berwarna,
seperti suratkhabar lama,
majalah lama,
buku,
katalog,
risalah,
kalendar,
kad,
sampul surat
dan kotak boleh dikitar semula.
Semua jenis kertas mestilah dimasukkan

ke dalam tong yang berwarna BIRU.

Cara kitar semula kertas

-Surat khabar lama dan majalah-majalah usang yang telah dikumpul dari seluruh negara akan dibawa ke kilang memproses kertas terpakai.


-Kertas-kertas yang dikumpulkan tadi dihantar ke tempat pemprosesan di mana pada mulanya proses mencampurkan air dengan bahan kimia akan dilaksanakan untuk membantu dalam proses penghancuran sebelum dibersihkan daripada kotoran yang nyata. Kertas yang dihancurkan tadi dinyahkan dakwat yang terkandung di dalamnya, sebelum menjalani proses pembersihan selanjutnya, proses penapisan dan pencerahan.


-Kemudian, hasil yang diperolehi daripada proses di atas dicampurkan dengan air lalu dipamkan ke bahagian hujung basah mesin membuat kertas. Kertas kemudiannya diratakan oleh mesin pelembut kertas sebelum digulung menjadi satu gulungan kertas yang besar.

-Gulungan kertas tadi kemudiannya dipotong mengikut pelbagai saiz, bergantung kepada kehendak pelanggan.






Plastik

Beg-beg membeli belah plastik,
beg plastik dari supermarkat,
botol minuman plastik,
botol air mineral
dan bekas makanan yang diperbuat
daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula.
Semua jenis plastik ini mestilah

dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA.


Terdapat berbagai jenis plastik boleh didapati. Ia mesti diasingkan sebelum dikitar semula kerana setiap plastik cair pada suhu yang berbeza. Industri plastik sendiri telah mewujudkan kod identifikasi bagi melabel pelbagai jenis plastik yang berbeza.


Antara jenis-jenis plastik ialah :



Type 1 - Polyethylene Terephthalate (PET) Kegunaan : Botol minuman ringan dan mineral. Jenis yang paling banyak dkitar semula. Kebanyakan pusat kitar semula memerlukan anda mengasingkan penutupnya dan meleperkan botol tersebut.


Type 2 - High Density Polyethylene (HDPE) Kegunaan : Botol detergen dan minyak masak, beg runcit serta mainan plastik


Type 3 - Vinyl/Polyvinyl Chloride Kegunaan : Paip plastik, perabut luaran. Pusat kitar semula jarang mengambil bahan ini untuk dikitar semula


Type 4 - Low Density Polyethylene (LDPE) Kegunaan : Beg plastik, pelapik tin, bekas pengisi makanan. Jarang di gunakan


Type 5 - Polypropylene (PP) Kegunaan : Penutup plastik, penyedut air minuman, pembalut makanan, permaidani. Jarang dikitar semula. Biasa nya di tanam di tapak pelupusan.


Type 6 - Polystyrene (PS) Kegunaan : Palet pembungkus, cawan polystyrene. Kebanyakan stor perkapalan/pembungkusan akan menerima bahan ini untuk digunakan semula.


Type 7 - Lain-lain Kegunaan : Sesetengah jenis pengisi makanan dan tupperware.


Terdapat berbagai cara untuk kita mengurangkan kadar pengeluaran bahan-bahan plastik yang tidak diperlukan. Di sini disertakan beberapa contoh:



Elak/Kurangkan


Apabila anda membeli barang keperluan, bawalah beg anda sendiri. Jika perlu, pilihlah beg kertas bagi menggantikan beg plastik.



Guna Semula


Jangan buang beg plastik yang terdapat di rumah anda. Simpan beg ini kerana ia boleh di guna semula.



Kitar Semula


Jangan buang bahan-bahan plastik kerana ada sesetengah bahan plastik yang boleh dikitar semula. Bahan-bahan permainan daripada plastik yang tidajk boleh digunakan lagi boleh didermakan kepada rumah-rumah kebajikan. Ini adalah sebahagian dari cetusan idea bagaimana kita boleh menguruskan bahan-bahan plastik. Jika anda mempunyai cadangan/idea berkaitan isu ini, kami mengalukan-alukannya dari anda.

Cara kitar semula plastik

-Plastik-plastik yang boleh dikitarsemula, ini seterusnya diasingkan mengikut kategori.
Kitar semula plastik ini adalah satu perkara yang paling mudah dan ringkas. Plastik akan dipisah-pisahkan sehingga menjadi serpihan halus yang bersaiz lebih kurang 1 sentimeter.

-Kemudian ia dicuci untuk membuang segala kotoran. Serpihan yang telah dibersihan itu tadi akan dikeringkan melalui saluran udara panas.


-Serpihan-serpihan plastik kemudiannya dibungkus untuk dijual (dalam bentuk serpihan) ataupun akan dijadikan bahan-bahan baru.